Seorang penyokong Boca Juniors memutuskan untuk bunuh diri selepas tidak dapat menerima kekalahan pasukannya di tangan Fluminese pada aksi final Copa Libertadores.

Aksi final kali ini sarat dengan kisah kontroversi. Sebelum perlawanan, sekumpulan peminat Fluminese telah menyerang peminat Boca Juniors di pantai membuatkan polis terpaksa melepaskan tembakan amaran.

Copa Libertadores ibarat UCL versi Amerika Latin. Ianya adalah kejohanan yang sangat berprestij di sana.

Kemudian selepas aksi final pula, seorang penyokong Boca Juniors telah mencabut nyawanya sendiri.

Sebuah siaran berita di Argentina sempat mewawancara ibu kepada penyokong Boca Juniors yang bunuh diri itu. Sang ibu menangis dan mengesahkan berita itu sambil menyalahkan kekalahan Boca sebagai punca dia kehilangan anaknya.

Ibu yang bernama Veronica itu berkata: “Kerana Boca Juniors anak saya sanggup bunuh diri. Kerana dia seorang yang sangat fanatik dan taksub. Dia penyokong Boca yang sejati.”

“Setiap kali pasukannya kalah dia akan dalam keadaan teruk, murung dan sedih. Dia akan menjadi panas baran.”

“Dia selalu berkata bahawa Boca Juniors tidak noleh kalah kerana kelab itu adalah perkara yang terhebat dalam dunia.”

“Boca adalah sampah. Mereka telah membunuh anak saya. Anak saya bunuh diri sebab mereka. Sekarang ini tiada seorang pemain atau mana mana orang dari Boca yang datang menyampaikan takziah kepada saya.”

Sebelum dia membunuh diri, dia sempat memindahkan kesemua wang dalam akaunnya kepada ibu dan adik beradiknya.

Ini bukan kes pertama melibatkan penyokong Boca Juniors yang terlalu fanatik cuba membunuh diri. kerana pada 2018, seorang penyokong mereka cuba mencabut nyawanya akibat tidak dapat menerima kekalahan Boca di tangan musuh tradisi River Plate pada aksi final Supercoppa.

Penyokong itu melompat dari bangunan namun usahanya untuk membunuh diri gagal. Kerana petugas penyelamat cepat bertindak sebaik sahaja menerima panggilan daripada orang awam.

Diharap peminat peminat bola sepak di negara kita tidak ada lah yang terlalu fanatik dan taksub seperti ini sehingga hilang pedoman hidup.